Kenyataan Media SAF
26hb Jun 2011
SAF SEKALI LAGI MENEGASKAN HUKUM QAZAF DILAKSANAKAN KE ATAS DATUK T
SAF sekali lagi menegaskan tuntutan untuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan segera melaksanakan hukuman Qazaf di bawah Enakmen Jenayah Syariah ke atas mereka yang terlibat sebagai 'Datuk T' berhubung tuduhan zina mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peruntukan tersebut jelas terdapat dalam seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan yang mengikut Undang-undang Syariah, tuduhan zina kepada seseorang tanpa membawa empat orang saksi, mereka boleh dikenakan prosiding qazaf.
Bagi SAF keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kelmarin menjatuhkan hukuman RM5,500 ke atas ketiga-tiga Datuk T tersebut adalah hukuman yang jelas tidak selaras dengan hukum Syariah.
Malah jika dilihat implikasi dari perlakuan mereka untuk memfitnah Datuk Seri Anwar, hukuman denda tersebut adalah suatu persendaan terhadap hukum qazaf dalam Islam.
Bukan sahaja pendakwaan dan hukuman itu seolah sekadar untuk menunjukkan proses undang-undang telah dilaksanakan, malah pencemaran peribadi yang tertuduh iaitu Datuk Seri Anwar telah diizinkan tanpa menimbangkan betapa imej beliau dihina dengan sangat keterlaluan.
Melihat kepada cara pembela membaca pembelaan terhadap ketiga-tiga Datuk T di mahkamah, tujuan sebenar adalah untuk mencapai matlamat merosakkan imej pihak yang yang dituduh dan bukan untuk mengaku salah semata-mata.
Inilah barangkali rencana yang mereka dirangka dalam konspirasi fitnah yang menyimpulkan bahawa musuh politik nombor satu perlu di”bunuh” walau dengan cara apa sekalipun.
Kami menjangka implikasi dari keputusan mahkamah sivil tersebut akan menjadi prisiden untuk sesiapa sahaja selepas ini yang melakukan kesalahan yang sama boleh menerima hukuman yang memang mampu dibayar sekaligus mengabsahkan sesiapa boleh melakukan tuduhan dengan kaedah yang sama.
Dengan ini prosiding tersebut telah mengesahkan peruntukkan hukum syara’ mengenai Qazaf di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama boleh dibakulsampahkan begitu sahaja.
Apatah lagi ketika pihak hakim mahkamah membenarkan peguam pembela kepada Datuk T mengambil kesempatan untuk melafazkan kata-kata yang mengimplikasikan orang yang dituduh melakukan zina tanpa di tegur.
Nampaknya fitnah yang sudah disebar luas di luar mahkamah dibenarkan juga dilakukan di dalam mahkamah. Padahal amat jelas tujuan Datuk T mengaku bersalah bukan di atas rasa bersalah kerana melanggar undang-undang, akan tetapi berbangga kerana telah mencapai matlamat yang dikehendaki selama ini iaitu menyelar imej Dari Seri Anwar Ibrahim demi memenuhi agenda politik mereka dan pihak yang mendokong cita-cita mereka.
Pihak media perdana pula berpesta berita untuk turut melaporkan seolah-olah kata-kata peguam pembela Datuk Shafee Abdullah mengenai pendapat pakar dari US yang dikatakan mengesahkan keabsahan video memang benar untuk menyimpulkan orang yang dituduh dalam video adalah Datuk Seri Anwar.
Soal semada ini boleh dicabar atau tidak sebagai bukti tidak diambil kira dalam mahkamah tersebut, malah dibenarkan untuk dinyatakan kononnya untuk membela Datuk T yang mengaku bersalah.
SAF mempersoalkan apakah kedudukan hukum qazaf yang ada dalam peruntukan enakmen jenayah JAWI dalam hal ini tidak releven dalam kes pertuduhan ini? Di manakah maruah JAWI dan undang-undang syariah apabila dalam jenayah qazaf, orang yang dituduh tanpa menghadirkan 4 orang saksi yang muhsan tidak dapat pembelaaan mengikut yang telah digariskan oleh hukum Islam?
SAF menuntut Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai kedudukan tuduhan zina yang kini dibenarkan oleh mahkamah sivil dan disebarluaskan oleh media massa.
Para Mufti dan ahli perundangan Islam harus memberikan panduan untuk mengingatkan masyarakat Islam agar semua pertimbangan dan hukuman jenayah dalam Islam hendaklah bersandarkan kepada perundangan Islam dan bukan melalui media massa.
Membiarkan media menyiarkan gambar berulang-ulang laki sekaligus dengan tujuan menimbulkan prasangka kepada yang tertuduh seharusnya tidak dibenarkan.
Jelas SAF tidak keterlaluan untuk merumuskan hukuman yang dikenakan ke atas Datuk T sememangnya untuk mememenuhi agenda memburukkan imej yang dituduh. Dengan hanya mengenakan hukuman membayar denda yang kecil menyebabkan matlamat untuk membunuh keperibadian tertuduh dianggap tercapai.
SAF juga kesal terhadap kenyataan PM yang mengatakan terpulang kepada rakyat untuk menghakimi apakah video itu benar-benar temasuk Datuk Seri Anwar di dalamnya.
Ini adalah suatu kenyataan yang tidak bertangungjawab.
Pertama, adakah PM merestui video itu diedar untuk ditonton oleh semua rakyat ataukah ini termasuk dalam agenda asal untuk mencemar keperibadian Datuk Seri Anwar?
Kedua, setelah merestui media massa seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, Kosmos, Berita Harian menyiarkan gambar video itu seluasnya bertujuan untuk meningkatkan serangan terhadap Datuk Seri Anwar, apakah maksud PM rakyat menghakimi video tersebut?
Bukankah ini hanya suatu pernyataan bahawa memang pihak PM mahu rakyat percaya mengikut apa yang kerajaan di bawah PM mahu rakyat percaya?
Mohd Azmi Abdul Hamid - Pengerusi SAF