Kenyataan Media SAF 8hb Jun 2011 PIHAK BERKUASA RESTU PENGEDARAN VIDEO LUCAH. Jika video lucah pemimpin kerajaan BN diedar semada video yang sah atau tidak pihak KDN pasti akan menggerakkan seluruh jentera keselamatan untuk berkeliaran memburu pengedar video serta mereka yang mendalanginya. Namun nampaknya bila video itu dirasa boleh menjadi senjata menyerang musuh politik ternyata seolah Negara ini tidak mempunyai undang-undang dan tidak ujud penguatkuasa yang boleh bertindak walaupun mereka sangat mengetahui operasi pengedaran video lucah sedang giat dilakukan dalam masyarakat. SAF menyimpulkan bahawa nampaknya Negara ini sudah sampai ke peringkat menjadi Negara paling liberal terhadap pembikinan video lucah dan mempromosinya secara bebas. SAF ingin bertanya adakah pihak KDN mahu terus membisu dan bersikap memejam mata terhadap perbuatan yang jelas melanggar undang-undang Negara.? Peringatan dan nasihat SAF kepada pihak penguatkuasa ialah jika keadaan ini terus dibiarkan , Negara ini akan disahkan sebagai Negara bebas video lucah dan industri membikin video lucah dan mengedarnya adalah suatu yang dibolehkan dinegara ini. SAF dengan itu tidak terkejut jika ada cadangan agar Akta Penerbitan serta Kanun Jenayah 292 yang berkaitan dengan penerbitan , pemilikkan , penjualan , pengedaran dan penyewaan video atau bahan lucah perlu dimansuhkan. SAF mencabar Menteri KDN menyatakan pendiriannya yang jelas terhadap isu pengedaran video lucah ini . Jika tidak , beliau harus meletakkan jawatan jika tidak mahu dicatat dalam sejarah Negara sebagai menteri yang membenarkan pengedaran video lucah dan rakyat boleh berpesta meraikan bahawa bahan lucah dinegara ini adalah dilindungi oleh pihak berkuasa. Mohd Azmi Abdul Hamid - Pengerusi SAF |
Gerakan Menentang Fitnah Sebuah NGO, Organisasi Massa yang antara lain terdiri daripada: TERAS , SHURA , PAKSI , Budayawan Bertindak , SALIMAH , Kelab GADIS –SALIMAH ,ISRA (Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat ,MBWM( Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia) , Pusat Tassawur Islam Perak, Jaringan Kuliah Dhuha Perak , Muafakat Perubuhan Islam Kedah (WEHDAH), (JAMA’IY) Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak.
Wednesday, 8 June 2011
Kenyataan Media SAF 8hb Jun 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment