Showing posts with label Kenyataan Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan Akhbar. Show all posts

Thursday, 16 June 2011

SAF UCAP SYABAS MUFTI SELANGOR

Kenyataan Media SAF
16 hb Jun 2011

SAF UCAP SYABAS MUFTI SELANGOR PERTAHAN KHUTBAH ISU FITNAH ZINA.

Saf Anti Fitnah mengucapkan syabas kepada Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, Mufti Selangor yang telah mempertahankan para khatib di seluruh negeri Selangor yang telah membaca teks Khutbah yang menyentuh isu fitnah zina dan liwat mengikut syariat Islam.

Tohmahan penulis Pengarang Utusan Malaysia, Zulkifli Jalil bahawa masjid telah diperkudakan untuk membersihkan nama Datuk Seri Anwar jelas menunjukkan prasangka buruk penulis dan akhbar itu terhadap Anwar.

SAF melihat bahawa adalah menjadi suatu kewajaran isu memfitnah zina dan liwat yang telah menjadi suatu amalan berleluasa adalah suatu gejala yang perlu dibentaras melalui kefahaman umat Islam mengenai akibat dari perspektif hukum Islam.

Kenapakah Utusan Malaysia melihat hal ini suatu yang negatif dan hanya dari kacamata politik hanya kerana khutbah itu tidak mahu memihak kepada agendanya untuk terus menyebarkan fitnah?

Seperti yang telah sedia maklum memang Utusan Malaysialah yang telah menjadi media utama dalam melancarkan fitnah zina dan liwat tanpa batas demi memenuhi kehendak musuh politik Anwar iaitu UMNO.

Sesungguhnya pernyataan Mufti yang menjelaskan bahawa sangat penting penerangan dan pendidikan yang betul diberikan kepada masyarakat Islam mengenai isu menuduh seseorang dengan zina tanpa saksi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syariat Islam adalah suatu yang wajar.

SAF malah menegaskan Khutbah tersebut hendaklah dicetak dan disebarkan keseluruh negara agar ia juga boleh dibaca di seluruh masjid di negara ini.

Adalah sangat penting untuk memastikan kefahaman yang tepat mengenai hukum Qazaf diberi kepada umat Islam untuk memastikan supaya gejala memfitnah zina dianggap perkara yang boleh dilakukan tanpa mengambilkira akibatnya kepada masyarakat.

Zulkifli Jalil sepatutnya berterima kaseh kepada para khatib di masjid-masjid di negeri Selangor yang berani menjelaskan isu ini di atas mimbar dengan cara ilmiah tanpa menyentuh dan menyebut nama mana-mana pihak.

SAF menegaskan sekali lagi bahawa menjadi tanggungjawab semua pihak yang berilmu terutama ulama supaya tidak mendiamkan diri dalam menyatakan pendirian mereka dalam isu fitnah zina.  Adalah menjadi suatu tanggungjawab syara’i agar hukum Islam yang jelas mengenai fitnah zina diterangkan dengan sejelas-jelasnya tanpa merasa takut dan gusar terhadap sesiapapun melainkan hanya kepada Allah S.W.T semata-mata.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi SAF  


Wednesday, 6 April 2011

Kenyataan media PUM

PUM Kesal Media Arus Perdana Menyebarkan Video Seks
Posted by Abu 'Asim on 10:51 AM

KENYATAAN MEDIA 5 April 2011

Sumber PERSATUAN ULAMA MALAYSIA


PUM merasa amat kesal dengan pendedahan gambar apa yang didakwa perlakuan dalam video seks yang disiarkan dalam media arus perdana pada hari ini. Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah suatu tindakan yang jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius.


Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam. Malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini. Mereka yang terlibat dalam pembikinan video, penyimpanan, penyebarannya adalah jelas HARAM di dalam Islam. Mereka bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah.


PUM kesal kerana media telah menjatuhkan “hukuman” setelah keaiban dan fitnah didedahkan. Di samping itu, Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi medan membahaskan usul dan isu besar Negara kini turut mahu dijadikan panggung wayang video seks. PUM membantah keras penyebaran video yang mengaibkan ini dan tindakan untuk mendedahkannya melalui media dan cadangan untuk ditayang di Dewan Rakyat adalah suatu kerendahan moral parlimen dan menjatuhkannya ke tahap yang hina dan tidak masuk akal.


PUM sangat kesal terhadap ujudnya golongan yang beria-ia benar untuk menjadikan fitnah seks sebagai isu yang diberi tumpuan terpenting dalam Negara padahal terlalu banyak isu nasional yang lain dan yang lebih penting harus dibahaskan.


Saling cabar mencabar dalam Parlimen untuk menyaksi video lucah menandakan kerendahan akal budi wakil rakyat ketika mereka dianggap sebagai insan yang mempunyai daya pemikiran dan budi yang tinggi.


Pihak yang beralasan bahawa wakil rakyat terlindung dari undang-undang yang membolehkan mereka menonton video lucah sebenarnya dijangkiti penyakit barah politik "sampah" yang busuk dan hanyir.


Bukan sahaja mereka mahu semuanya dihalalkan malah permainan politik sudah tidak lagi dikawal oleh sebarang batas agama mahupun moral. Pokoknya apa sahaja boleh dilakukan demi mempertahankan kuasa .


PUM sekali lagi mengharapkan agar perkara ini dihentikan demi menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara. Pembuka aib dan penyebar fitnah tidak akan selamat dunia dan akhirat, malah dilaknat oleh Allah.


PUM mengharapkan KDN memberi amaran dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pengamal media terhadap penyebaran gambar video ini kerana secara jelas telah menyalahgunakan undang-undang sedia ada. Kegagalan berbuat demikian adalah tanda kepada kemusnahan dan kehancuran negara.


Menyedari kegagalan pihak berkuasa sedia ada, PUM akan memohon campurtangan Majlis Raja-Raja untuk bertindak dengan segera bagi mengambil tindakan `menghentikan kejahatan dan maksiat yang dipromosikan ini.


DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Setiausaha Agung
Persatuan Ulama Malaysia(http://pum.org.my )



Tuesday, 5 April 2011

Kenyataan Akhbar 5 April 2011

Kenyataan Media SAF
5 hb April 2011
 
ADAKAH PARLIMEN AKAN JADI PANGGUNG WAYANG FILEM LUCAH? – SAF BANTAH CADANGAN SEKERAS-KERASNYA TAYANGAN VIDEO LUCAH DI PARLIMEN
 
SAF berpendirian isu video lucah di Negara ini sudah sampai ke tahap paling menjijik dan memalukan rakyat dan Negara.
 
Lepas dari mahu mengenali siapa yang sebenarnya dalam video seks yang kini menjadi isu yang sehingga kini sudah hilang kawalan, nampaknya Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi medan membahaskan usul dan isu besar Negara kini mahu dijadi panggung wayang video seks.
 
Bukan sahaja ia menjadi bahan berfikir yang sangat rendah malah sekarang ia mahu dibawa ke Dewan Rakyat sebagai suatu mahkamah diluar dari proses undang-undang biasa .
 
Soalnya apakah undang-undang yang ada tidak cukup untuk memastikan isu ini dapat ditangani dengan sempurna. Ataukah memang isu ini mahu diperpanjang untuk memberi kesan yang dikehendakki oleh mereka yang berkonspirasi secara langsung atau tidak langsung.
 
SAF membantah keras  bahan lucah ini ditayang di Dewan Rakyat kerana ia akan mejadi prisiden untuk kes masa depan yang mungkin akan dilayan seperti ini.
 
SAF sangat kesal terhadap ujudnya golongan yang beria-ia benar untuk menjadikan fitnah seks sebagai isu yang diberi tumpuan terpenting dalam Negara padahal terlalu banyak isu nasional yang lain dan yang lebih penting harus dibahaskan.
 
Adakah pihak yang didakwa dalam video itu sedemikian merbahaya sehingga peribadi beliau mahu dihina sedemikian rupa ?. Adakah ini memberi makna pihak parti yang memerintah sudah sebankrap ini sehingga fitnah lucah dijadi senjata.?
 
 
SAF sekali lagi mendesak isu video ini mesti ditangani berdasar saluran undang-undang yang jelas.
 
Imej Malaysia akan dilihat sangat  buruk dimata dunia bila ujudnya amalan persaingan politik yang sangat jijik dalam sejarah Negara bila undang-undang diketepikan hanya kerana peribadi musuh  hendak diaibkan.
 
 
Memindahkan isu video seks  ke Parlimen bukan cara politik bertamadun tinggi. Malah ia melambangkan kerosakkan politik sampai ke peringkat sangat rendah ,  yang diheret pula ke dalam Dewan Rakyat untuk direkod sebagai insiden yang akan disaksikan oleh generasi mendatang.
 
 
Saling cabar mencabar dalam Parlimen untuk menyaksi video lucah menandakan kerendahan akal budi wakil rakyat ketika mereka dianggap sebagai insan yang mempunyai daya pemikiran dan  budi yang tinggi.
 
SAF menegaskan Malaysia mesti diselamatkan dari gaung kehinaan politik yang kini menjurus kepada tahap paling memualkan.
 
Pihak yang beralasan bahawa wakil akyat terlindung dari undang-undang yang membolehkan  mereka menonton video lucah sebenarnya dijangkiti penyakit barah politik “sampah” yang busuk dan hanyir.
 
Bukan sahaja mereka mahu semuanya dihalalkan malah  permainan politik sudah tidak lagi dikawal oleh sebarang batas agama mahupun moral. Pokoknya apa sahaja boleh dilakukan demi mempertahankan kuasa .
 
SAF membantah sekeras-keras politik “shit” yang sekali lagi dijelmakan dalam pertaruhan untuk merebut kuasa walaupun harga yang dibayar adalah maruah bangsa.
 
Kami mengesa isu ini ditamatkan segera dengan campurtangan pihak Majlis Raja-raja Melayu untuk menghentikan kekotoran politik fitnah yang merosakkan dan merendahkan martabat bangsa.
 
Raja-raja Melayu mempunyai hak  bertitah menyekat kejelekkan politik kotor seperti ini.
 
Kami percaya KDYMM Yang Dipertuan Agong yang membuka sidang Parlimen dengan nama Allah akan juga bertanggungjawab untuk menghalang sebarang perlakuan yang boleh menghina Parlimen bila video lucah hendak ditonton di Parlimen sendiri.
 
SAF memohon KDYMM Yang DiPertuan Agong supaya sebarang tindakan yang menjejaskan maruah dan kemuliaan Dewan Rakyat hendaklah dihalang kerana  Seri Paduka Baginda semestinya berhak untuk menegur perjalanan sidang  bila ia dilihat tercemarkan dan tidak lagi berjalan pada landas dan aruh yang betul. Dewan Rakyat yang dibuka persidangan oleh Baginda sendiri . Oleh itu taraf kemuliaannya juga berhak dijaga oleh Seri Paduka Baginda.
 
Mohd Azmi Abdul Hamid
Jurucakap SAF



Monday, 28 March 2011

Kenyataan Media Kepada Mufti

SAF ANTI FITNAH (SAF)

Sekretariat SHURA , Seksyen 14 , Petaling Jaya , Selangor D.E Tel : 019-4744856 / 0133506570 /0124753516 / 0136362408
َ الَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَ الْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَ إِثْمًا مُبِينًا ) [ الأحزاب : 
58 ] .
Orang-orang yang menyakiti mu’min lelaki dan mu’minah wanita mengenai perkara-perkara yang mereka tidak melakukannya maka mereka telah melakukan pembohongan dan dosa yang jelas nyata

Kenyataan Media
28hb Mac 2011

SAF MOHON MUFTI NEGERI-NEGERI SEGERA NYATAKAN PENDIRIAN TERHADAP FITNAH LUCAH

SAF memohon agar para Mufti negeri-negeri segera memberi reaksi terhadap gejala fitnah lucah dalam politik yang kini sedang berkembang dalam negara.
Keadaan yang menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat terutama dikalangan umat Islam tidak boleh dibiarkan.

Kenyataan dari para mufti dan bekas mufti akan memberi isyarat penting supaya masyarakat tidak terus berhadapan dengan manipulasi dari pihak-pihak yang berkepentingan sempit dan tidak menghiraukan larangan agama mengenai natijah fitnah.

Kami memohon agar pencetus fitnah serta segala alat penyebar fitnah melalui media cetak dan eletronik ditegur supaya kesan fitnah tidak menyebabkan maruah umat Islam terus dihina.

Penyebaran fitnah lucah yang berleluasa nampaknya dibiarkan tanpa ditegur oleh pihak yang berkewajipan.

Kami amat kesal kekeliruan terus dibiarkan lantaran ada pihak yang mengeskploitasi dengan maksima menggunakan media arus perdana untuk mencetuskan persepsi yang buruk terhadap musuh politik.




SAF dilancarkan pada  26hb Mac 2011 di Gombak KL yang sehingga ia dilancarkan  dianggotai oleh  NGO berikut : TERAS , SHURA , PAKSI .(Seniman Paksi Rakyat), ABIM , PUM . Budayawan Bertindak , SALIMAH , Jawatankuasa Madrasah Tarbiyyah KgBandar Dalam Gombak, KL , Persatuan Anakk Melayu Selangor/W.Perkesekutuan , Kelab GADIS –SALIMAH ,ISRA (Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat ,MBWM( Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia) , Pusat Tassawur Islam Perak, Jaringan Kuliah Dhuha Perak , Muafakat Perubuhan Islam Kedah (WEHDAH), (JAMA’IY) Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak.


Politik tanah air kini sedang melalui pencemaran yang amat kotor dan SAF mendapati ahli agama perlu memainkan peranan lebih aktif untuk menjernihkan keadaan.

Kami berpendapat keadaan ini tidak boleh  dibiarkan berterusan dan para ulama harus tampil menyatakan pendirian dan teguran kepada pihak ahli politik yang ghairah terhadap kuasa.

Para Mufti akan dapat memberi nasihat dan teguran yang berkesan dengan menyatakan pendirian serta meletakkan prinsip Islam serta maruah ummah di atas segala kepentingan.

Sungguhpun isu video lucah yang hangat didedahkan oleh pihak yang mahu menjatuhkan serta memburukkan keperibadian seorang ahli politik adalah disebabkan pertarungan politik , namun SAF berpendirian bahawa fitnah lucah yang dibenarkan diguna adalah juga suatu isu yang perlu ditegur oleh ulama.

Dengan tidak memberi reaksi dan teguran akan menambahkan kekeliruan serta perdebatan yang akan memburukkan lagi suasana.
 
Kami memohon agar para Mufti dapat mengingatkan rakyat dan ahli politik bahawa ada agenda lebih besar untuk umat hadapi seperti  isu  pembangunan ilmu , pendidikan , gejala sosial , kemiskinan , cabaran musuh Islam  yang seharusnya ditumpukan dan bukan isu menelanjangkan keperibadian seseorang dengan fitnah yang mengaibkan.

Mohd Azmi Abdul Hamid – Penyelaras SAF