Kenyataan Media SAF
5 hb April 2011
ADAKAH PARLIMEN AKAN JADI PANGGUNG WAYANG FILEM LUCAH? – SAF BANTAH CADANGAN SEKERAS-KERASNYA TAYANGAN VIDEO LUCAH DI PARLIMEN
SAF berpendirian isu video lucah di Negara ini sudah sampai ke tahap paling menjijik dan memalukan rakyat dan Negara.
Lepas dari mahu mengenali siapa yang sebenarnya dalam video seks yang kini menjadi isu yang sehingga kini sudah hilang kawalan, nampaknya Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi medan membahaskan usul dan isu besar Negara kini mahu dijadi panggung wayang video seks.
Bukan sahaja ia menjadi bahan berfikir yang sangat rendah malah sekarang ia mahu dibawa ke Dewan Rakyat sebagai suatu mahkamah diluar dari proses undang-undang biasa .
Soalnya apakah undang-undang yang ada tidak cukup untuk memastikan isu ini dapat ditangani dengan sempurna. Ataukah memang isu ini mahu diperpanjang untuk memberi kesan yang dikehendakki oleh mereka yang berkonspirasi secara langsung atau tidak langsung.
SAF membantah keras bahan lucah ini ditayang di Dewan Rakyat kerana ia akan mejadi prisiden untuk kes masa depan yang mungkin akan dilayan seperti ini.
SAF sangat kesal terhadap ujudnya golongan yang beria-ia benar untuk menjadikan fitnah seks sebagai isu yang diberi tumpuan terpenting dalam Negara padahal terlalu banyak isu nasional yang lain dan yang lebih penting harus dibahaskan.
Adakah pihak yang didakwa dalam video itu sedemikian merbahaya sehingga peribadi beliau mahu dihina sedemikian rupa ?. Adakah ini memberi makna pihak parti yang memerintah sudah sebankrap ini sehingga fitnah lucah dijadi senjata.?
SAF sekali lagi mendesak isu video ini mesti ditangani berdasar saluran undang-undang yang jelas.
Imej Malaysia akan dilihat sangat buruk dimata dunia bila ujudnya amalan persaingan politik yang sangat jijik dalam sejarah Negara bila undang-undang diketepikan hanya kerana peribadi musuh hendak diaibkan.
Memindahkan isu video seks ke Parlimen bukan cara politik bertamadun tinggi. Malah ia melambangkan kerosakkan politik sampai ke peringkat sangat rendah , yang diheret pula ke dalam Dewan Rakyat untuk direkod sebagai insiden yang akan disaksikan oleh generasi mendatang.
Saling cabar mencabar dalam Parlimen untuk menyaksi video lucah menandakan kerendahan akal budi wakil rakyat ketika mereka dianggap sebagai insan yang mempunyai daya pemikiran dan budi yang tinggi.
SAF menegaskan Malaysia mesti diselamatkan dari gaung kehinaan politik yang kini menjurus kepada tahap paling memualkan.
Pihak yang beralasan bahawa wakil akyat terlindung dari undang-undang yang membolehkan mereka menonton video lucah sebenarnya dijangkiti penyakit barah politik “sampah” yang busuk dan hanyir.
Bukan sahaja mereka mahu semuanya dihalalkan malah permainan politik sudah tidak lagi dikawal oleh sebarang batas agama mahupun moral. Pokoknya apa sahaja boleh dilakukan demi mempertahankan kuasa .
SAF membantah sekeras-keras politik “shit” yang sekali lagi dijelmakan dalam pertaruhan untuk merebut kuasa walaupun harga yang dibayar adalah maruah bangsa.
Kami mengesa isu ini ditamatkan segera dengan campurtangan pihak Majlis Raja-raja Melayu untuk menghentikan kekotoran politik fitnah yang merosakkan dan merendahkan martabat bangsa.
Raja-raja Melayu mempunyai hak bertitah menyekat kejelekkan politik kotor seperti ini.
Kami percaya KDYMM Yang Dipertuan Agong yang membuka sidang Parlimen dengan nama Allah akan juga bertanggungjawab untuk menghalang sebarang perlakuan yang boleh menghina Parlimen bila video lucah hendak ditonton di Parlimen sendiri.
SAF memohon KDYMM Yang DiPertuan Agong supaya sebarang tindakan yang menjejaskan maruah dan kemuliaan Dewan Rakyat hendaklah dihalang kerana Seri Paduka Baginda semestinya berhak untuk menegur perjalanan sidang bila ia dilihat tercemarkan dan tidak lagi berjalan pada landas dan aruh yang betul. Dewan Rakyat yang dibuka persidangan oleh Baginda sendiri . Oleh itu taraf kemuliaannya juga berhak dijaga oleh Seri Paduka Baginda.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Jurucakap SAF
No comments:
Post a Comment