Saturday, 9 April 2011

CARA MEREKA MENYEBAR FITNAH


INILAH CARA MEREKA MENYEBAR FITNAH  

"Wahai orang-orang yang beriman ketika datang kepada kalian orang yang fasik dengan membawa suatu berita maka tabayyunlah (carilah kebenaran berita itu)".(QS. Al Hujurat : 6)

Tujuan asas

Wujudkan kesangsian terhadap seseorang yang disasarkan.  Bunuh kepercayaan awam terhadap peribadi yang diserang. Matikan sebarang kemungkinan untuk mempertahankan diri. Imej seorang yang disasar diburuk-burukkan secara berterusan.


Pendekatan

Gunakan media semaksimanya

Jayakan sasaran agar peribadi yang difitnah dihakimi terlebih dahulu oleh orang awam sebelum siasatan atau proses undang-undang dijalankan. Ini dipanggil Bicara Mahkamah Media.

Gali sumber maklumat untuk membantu perkuatkan fitnah.

Reka apa saja bahan yang boleh perkuatkan fitnah
  

Strategi Media

ü  Bentuk pasukan khas yang diketua sendiri oleh Ketua Pengarang untuk menstrategikan berita dan laporan fitnah.

ü  Rancangkan bersama dengan media-media yang lain untuk saling mengukuhkan cerita fitnah dan pileh sudut-sudut yang hendak didedahkan.

ü  Bersekongkol dengan pihak yang menuduh untuk merekayasa bagaimana fitnah benar-benar memcapai matlamat.

ü  Bina perkembangan berita dan ikut reaksi pelbagai pihak dari masa kesemasa untuk mensensasikan berita.

ü  Awasi sebarang kenyataan yang boleh menambahkan kejutan dalam pemberitaan dan teliti implikasi undang-undang.

ü  Masukkan kenyataan-kenyataan yang saling bertentangan agar fitnah beraleh menjadi seolah-olah nampak benar.

ü  Peragakan gambar-gambar yang dapat menambah pertanyaan awam terhadap peribadi yang diserang.

ü  Atur kumpulan pendesak untuk memberi tekanan kepada peribadi yang diserang dan jadikan berita utama.

ü  Perbesarkan sebarang kenyataan pihak-pihak lain serta dari tokoh-tokoh kerajaan termasuk mereka yang dikatakan sudah kenal lama dengan peribadi yang diserang untuk menguatkan fitnah. 

ü  Gembleng suara dari pihak-pihak yang dikatakan dekat dengan orang yang difitnah untuk membuat kenyataan yang turut menyerang.




No comments:

Post a Comment