Friday, 1 April 2011

SAF kesal polis...

Kenyataan Media SAF
2 hb April 2011

SAF DESAK POLIS DAKWA MEREKA YANG TERANG-TERANGAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG

SAF kesal polis masih tidak mahu mendakwa mereka yang terlibat memiliki dan menayang video lucah sebagaimana jelas termaktub dalam undang-undang yang sedia ada iaitu Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Nyata sekali tatkala polis hanya menumpu kepada ketulenan video lucah yang ditayang oleh Datuk T, isu yang sangat jelas tidak diberi perhatian iaitu kesalahan memiliki dan menayang video lucah.

Sebenarnya inilah yang telah menghilangkan keyakinan masyarakat terhadap pihak polis untuk berlaku adil apabila mereka yang secara terang bersalah melanggar undang-undang tidak diambil tindakan oleh polis.

Jika polis bertindak secara tidak professional mengikut undang-undang yang sedia ada,  maka, tidak harus dipersalahkan jika masyarakat awam tidak menghormati polis dan menganggap polis sebagai institusi yang diperalat oleh orang politik .

Kini sangat jelas polis nampaknya bertindak berdasarkan arahan pihak pemimpin politik dan bukan berdasarkan peraturan yang jelas.  Anggapan orang ramai sekarang ialah polis menjadi pelindung kepada pelanggar undang-undang.

SAF dengan ini menuntut supaya polis tidak berlengah dalam tindakannya terhadap isu ini dan tidak menunjukkan  kecenderungan untuk berpihak kepada mereka yang terang-terangan bersalah.

SAF ingin mengingatkan jika politik menggunakan tuduhan seks  lucah masih terus direstui dan polis dilihat bersekongkol, masyarakat awam akan hilang kepercayaan dan akibat buruk akan berlaku kepada kestabilan negara.

SAF mengambil perhatian terhadap pihak polis yang telah mendedahkan ketulenan video seks semalam.  Namun persoalan yang diketengahkan oleh SAF dan kebanyakan pihak ialah kenapa pihak polis tidak mendakwa  mereka yang terbabit.

Dengan itu SAF mendesak agar pihak Peguam Negara mengarahkan pihak polis patuh kepada tugas dan tanggungjawab yang telah termaktub mengikut undang-undang.

SAF menegaskan bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam mencetuskan fitnah ini perlu di adili berdasarkan hukum Qazaf mengikut Islam.

Kami kesal betapa isu ini nampaknya tidak diselesaikan secara tuntas dan dibiarkan terheret berpanjangan yang kemudiannya mengakibatkan masyarakat awam terus berada dalam keadaaan keliru dan saling bersangka buruk di antara warga masyarakat

Lebih buruk lagi dari itu ialah kesan ke atas pemikiran generasi muda yang diracuni dengan fitnah lucah yang sangat jijik dan memalukan.  

Kami berpendirian keengganan pihak kerajaan menangani isu fitnah berdasarkan landasan hukum Islam akan pasti menyebabkan budaya fitnah tidak dapat ditangani dengan tuntas.

Kami menyeru semua ulama dan ahli udang-undang bergabung tenaga segera untuk memastikan undang-undang syariat menjadi keutamaan dalam menangani isu fitnah  berdasarkan qanun jenayah yang jelas.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Jurucakap SAF

1 comment:

  1. Salam,
    Ana amat bersetuju dengan saranan tuan SAF. Namun pada masa sama ana ingin berkongsi satu perkara yang mengganggu hidup ana sejak sekian lama. Ana jadi keliru dan sedih.

    Ana ingin bertanya kepada SAF dan sahabat sekalian. Apa perasaan, fikiran dan tindakan tuan SAF dan sahabat apabila Mat Sabu menggelar DSAI Syeikh Al-Juburi pada akhir 90-an dahulu. Ketika itu Mat Sabu berceramah seantero Malaysia mengatakan DSAI terlibat dengan salah laku seks dan patut dihukum. Kerajaan digelar toghut dan sebagainya kerana berdiam diri dan tidak mengambil tindakan terhadap DSAI. Apa para pemimpin PAS terutama yang bergelar ulamak atas isu itu.

    Demi Allah, saya yang rendah ilmu agama ini sangat terpukul dengan sikap bermuka-muka orang-orang ini! Dahulu saya menjadikan mereka ikon saya tetapi kini saya meletakkan mereka di dalam mangkuk tandas saya. Wallahuaklam.

    ReplyDelete